Skip to main content

Star Craft: Remastered secara rasminya dilancarkan 2017 lepas, di mana ianya adalah permainan pernambah-baikkan buat Star Craft yang dilancarkan lebih dari 20 tahun lepas. Permainan tersebut sememangnya mendapat pujian ramai dengan bentuk strategi masa nyata yang baik dicampur dengan penceritaan yang menarik.

Meskipun begitu, Blizzard kini teruskan meningkatkan visual permainan tersebut di mana mereka hari ini melancarkan satu DLC khas iaitu, Star Craft: Cartooned di mana ianya adalah satu DLC khas yang membenarkan pemain untuk bermain permainan Star Craft dengan visual grafik kartun.

DLC tersebut boleh dibeli dengan harga $9.99(~RM42) sahaja. Namun, ianya memerlukan pemain untuk memiliki permainan asal Star Craft: Remastered dan menariknya, bagi anda yang tidak memiliki permainan tersebut, Blizzard juga menawarkan secara bersama iaitu Star Craft: Remastered bersama-sama dengan DLC Star Craft: Cartooned dengan harga $24.98(~RM104).

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, anda boleh ke pautan di bawah untuk membelinya.

[info] Beli: Star Craft: Remastered + Cartooned [/info]

Leave a Reply