Bulan lepas pelanggan Nintendo Switch Online telah diberikan tiga permainan iaitu City Connection, Double Dragon II: The Revenge dan Volleyball, bulan ini dua lagi permainan disertakan iaitu Donkey Kong 3 dan Wrecking Crew.

Donkey Kong 3 merupakan permainan menembak yang dikeluarkan sebagai permainan arked dan juga untuk konsol NES pada tahun 1984. Manakala Wrecking Crew pula merupakan permainan yang menggunakan watak Mario dan Luigi yang perlu menghancurkan binaan. Ia dikeluarkan untuk NES pada tahun 1985.

Selain permainan, Nintendo juga menyertakan fungsi Rewind yang membolehkan pemain untuk mundir semasa bermain jika melakukan kesilapan ataupun mencuba sekali lagi dengan menekan ZL + ZR.

Permainan dan kemaskini ini akan tiba pada 17 Julai 2019.

Sohor Kini