Skip to main content

Sejak pelakon terkenal Keanu Reeves tiba di dalam permainan Cyberpunk 2077 yang diumumkan ketika E3 lepas, beliau sememangnya menjadi kegilaan ramai peminat untuk dijadikan salah seorang daripada ikon ataupun watak buat permainan video yang lain.

Terkini, tampaknya anda tidak perlu menanti sehingga April kelak untuk bertemu dengan Keanu Reeves melalui dunia maya di mana JinMarr telah menghasilkan satu mod khas yang membenarkan anda untuk bermain sebagai watak Keanu Reeves di dalam permainan Metal Gear Solid V: The Phantom Pain.

Baru-baru ini Keanu Reeves sememangnya terkenal sebagai watak John Wick daripada siri filem John Wick dan juga watak Johnny Silverhand untuk permainna Cyberpunk 2077, di mana melalui mod ini, sekaligus pemain berupaya untuk melihat watak tersebut beraksi dengan pelbagai gaya seperti menembak dan sebagainya melalui Metal Gear Solid V: The Phantom Pain tersebut.

Meskipun begitu, sememangnya mod ini adalah khas buat pemain di PC sahaja dan bagi anda yang ingin mencubanya, anda boleh muat-turun mod tersebut di pautan di bawah.

[download] Nexus Mod: Keanu Reeves [/download]

Leave a Reply