Studio MDHR, iaitu pembangun buat permainan Cuphead yang sangat terkenal sebelum ini, mengumumkan bahawa mereka akan bekersama bersama Netflix untuk melancarkan siri Netflix Originals, The Cuphead Show! di netflix.

Buat masa ini, tarikh pelancaran masih belum diumumkan. Namun, menurut mereka, animasi tersebut akan mengekalkan visual grafik animasi 1930an yang mana pasti adalah salah satu visual ikonik buat permainan tersebut.

The Cuphead Show! akan memfokuskan bentuk animasi komedi berkenaan watak utama Cuphead dan adik beliau iaitu Mugman. Seperti biasa, kami akan mengemaskini sebarang informasi setelah ianya diumumkan kelak.

Sohor Kini