Informasi Permainan Video Terkini
Playtonia Umum Kejohanan CS:GO Conqueror’s Insignia 2019 – Wang Hadiah Terkumpul Melebihi RM280,000

Playtonia Umum Kejohanan CS:GO Conqueror’s Insignia 2019 – Wang Hadiah Terkumpul Melebihi RM280,000

Diterbitkan pada July 9, 2019 oleh .

Dengan berlangsung jayanya kejohanan Conqueror’s Insignia ataupun PI tahun lepas oleh komuniti pemain di India, Playtonia hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali kejohanan tersebut bagi tahun 2019 yang mana kali ini mereka akan memfokuskan permainan Counter-Strike: Global Offensive ataupun CS:GO.

Menurut Playtonia, kejohanan Conqueror’s Insignia 2019 akan berlangsung sepanjang tahun ini bermula Julai ini untuk pusingan kelayakan antara 3 rantau yang terdiri lebih dari 27 negara yang akan bertanding, termasuk Malaysia.

Dengan wang hadiah terkumpul melebihi RM280,000, pusingan akhir buat kejohanan tersebut bakal berlangsung di Malaysia menjelang Oktober ini antara 4 pasukan terbaik terdiri daripada setiap wakil dari rantau Sub-Asia, Asia Tenggara, Timur Tengah dan 1 pasukan yang bakal dijemput khas .

Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan kejohanan tersebut dan berminat untuk menyertainya, anda boleh ke laman rasmi kejohanan tersebut di bawah.

Layari: Conqueror’s Insignia 2019 [/info[


TIPS & ULASAN