DCEU tidak dinafikan adalah francais filem yang gagal. Filem-filem DCEU boleh dikatakan bercelaru dan tidak ada arah tuju yang jelas. DCEU cuba membina francais filem seperti MCU, tetapi sayang sekali gagal. Walau bagaimanapun, masih ramai di luar sana yang meminati DC berbanding Marvel.
Salah satu filem DC yang terkini adalah Joker yang bakal ditayangkan Ogos tahun ini. Filem ini merupakan filem pertama yang memfokuskan watak Joker 100% dan langsung tidak berkait dengan Batman. Watak-watak Joker dalam filem-filem DC sebelum ini, hanyalah sebagai watak pembantu dalam filem Batman atau Suicide Squad. Jadi agak menarik untuk kita melihat satu filem yang memfokuskan watak antagonis paling popular di Gotham City.

Cuma, buat pertama kalinya filem Joker ini tidak akan ada kaitan langsung dengan mana-mana komik. Filem Joker akan datang ini adalah versi tersendiri dan menurut laporan sebelum ini, ia adalah lebih kepada dunia Gotham City yang lebih realistik dan bukannya fiksyen. Pelakon bernama Joaquin Phoenix akan melakonkan watak Joker dalam filem ini. Nama beliau dalam filem ini adalah Arthur Fleck, yang mana nama ini tidak pernah pun muncul dalam komik-komik DC.

Garis masa filem ini adalah pada tahun 80-an, yang mengisahkan seorang pelawak yang gagal. Dalam video acah, Arthur dilihat kerap dibuli dan kehidupan beliau adalah sengsara. Kemudian, tidak pasti apa yang memberikan petanda kepada Arthur – beliau terus berubah menjadi Joker dan secara tidak langsung menjadi penjenayah psikopatik.
Sudah lama Heath Ledger memegang judul ‘Joker terbaik‘ berdasarkan dalam video acah Joaquin Phoenix, mungkin boleh mengganti beliau. Jadi jika anda ingin tonton filem Joker yang lebih realistik dan bukannya fiksyen, anda mungkin boleh tonton filem Joker versi Joaquin Phoenix ini. Ia dijadualkan untuk ditayangkan di Malaysia pada 3 Oktober 2019.