Skip to main content

Niantic, iaitu pembangun untuk permainan mudah alih Pokemon Go, kini mengeluarkan satu lagi permainan berdasarkan lokasi dan realiti terimbuh. Harry Potter: Wizards Unite yang diumumkan pada tahun 2017, akhirnya tiba, dan ramai yang membandingkan permainan tersebut dengan Pokemon Go. Oleh kerana berkongsi pembangun serta persamaan bentuk permainan, ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Walau bagaimanapun, selepas saya sendiri mencuba Wizards Unite, permainan mudah alih ini adalah bukan sekadar Pokemon Go berdasarkan Harry Potter. Sebaliknya, ia mempunyai pelbagai perbezaan unik yang menjadikannya satu ketagihan.

Secara luaran, antaramuka untuk Wizards Unite akan mudah untuk difahami jika anda pernah bermain Pokemon Go. Ia adalah kerana keduanya berkongsi informasi peta yang sama, akan tetapi PokeStops dan gyms digantikan dengan Wizards Unite: inn, greenhouse ataupun fortres.

Inns berfungsi seperti PokeStops iaitu ia akan mengisi “energy” yang digunakan untuk melakukan sihir, ataupun “PokeBall” untuk Wizards Unite. Anda boleh menyimpan sebanyak 75 energy pada satu masa. Manakala Greenhouse pula adalah tempat anda untuk mendapatkan bahan untuk membuat ubatan, ada kalanya ia memberikan energy.

Seterusnya adalah fortres yang saya rasakan ramai sudah menjangkakan ia adalah gyms untuk Wizards United. Namun, di dalamnya anda tidak akan bertempur dengan “trainers” sebaliknya anda akan bertempur dengan watak-watak Harry Potter seperti werewolves, death eaters, dark wizards dan pelbagai lagi di dalam “Wizarding Challenges”.

Jadi, apakah perbezaan Wizards United dan Pokemon Go? Tidak dapat dinafikan yang ia berkongsi pelbagai bentuk permainan yang sama, akan tetapi selain daripada itu ia adalah dua permainan yang sangat berbeza.

Sebagai contoh, pertempuran di dalam Wizarding Challenge adalah tidak seperti pertempuran di dalam gym untuk Pokemon Go. Di dalam Pokemon Go anda sekadar menekan berkali-kali untuk serangan pantas, tekan dan tahan untuk menggunakan charged attack dan mengelak. Di dalam Wizards Unite, anda perlu memastikan tongkat ke arah sasaran yang betul dan menekap garisan untuk melakukan serangan sihir.

Apabila penjahat menyerang, anda juga perlu menekap untuk menghasilkan sihir pertahanan. Pada asasnya, ia memerlukan interaksi yang lebih daripada pemain berbanding pertempuran gym di dalam Pokemon Go dan saya sangat menyukainya.

Jika di dalam Pokemon Go anda akan mencari Pokemon, di dalam Wizards Unite anda akan mencari pelbagai watak dan juga makhluk ajaib daripada dunia Harry Potter seperti menyelamatkan Sirius Black daripada serangan Dementor.

Namun bagi saya, premis ini tidak sebaik mencari Pokemon kerana agak janggal apabila kejadian yang sama berlaku berulang-ulang kali sedangkan menjumpai Pokemon yang sama adalah satu perkara yang lebih masuk akal.

Setiap perkara yang dijumpai atau diselamatkan oleh anda akan di daftarkan di dalam sebuah Registry yang berfungsi seakan buku pelekat. Ada yang hanya perlu dijumpai hanya sekali dan anda juga yang perlu dikumpul beberapa kali. Contohnya, ada yang memerlukan sehingga 15 kali untuk didaftarkan sebelum ia menjadi lengkap.

Apabila satu muka bagi Registry tersebut sudah dipenuhkan, anda boleh melakukan “prestige” iaitu mengosongkan semula bahagian tersebut untuk meningkatkan kualitinya. Ia akan menjadikan pengalaman yang anda peroleh dengan mengisi semula lebih tinggi. Ia mungkin agak berulang tetapi sekurang-kurangnya ia menjadikan peningkatan tahap lebih mudah.

Bagi saya, satu perkara yang paling menarik mengenai Wizards Unite adalah tiga profesion iaitu Auror, Magizoologist, dan Professor. Ia boleh diibaratkan sebagai “class” di dalam permainan di mana setiap nya mempunyai cabang kebolehan tersendiri yang memberi nilai kepada kekuatan serangan, pertahanan dan juga kebolehan khas.

Ini akan memberikan permainan ini terasa seperti satu permainan MMORPG. Anda bukan sahaja mempunyai kebebasan untuk mengubahkan binaan kemahiran anda, setiap profesion juga mempunyai kekuatan serta kelemahan tersendiri. Contohnya, Aurors adalah lebih kuat berbanding Dark Forces tetapi lemah berbanding Beasts. Professors pula lebih kuat berbanding Curiosities tetapi lemah berbanding Dark Forces.

Profesion ini menjadikan Wizards Unite lebih kompleks tetapi tidak terlalu rumit dan ia adalah kelainan utama jika dibandingkan dengan Pokemon Go. Menariknya, jika anda tidak menyukai pilihan profesion, anda boleh menukarnya pada bila-bila masa akan tetapi akan rugi jika anda sudah menggunakan “scrolls” untuk meningkatkan tahap bagi profesion tersebut.

Saya sudah bermain Wizards Unite lebih daripada seminggu akan tetapi terdapat banyak lagi elemen permainan ini yang masih saya tidak cuba ataupun temui. Antaranya adalah saya masih tidak mengetahui cara untuk menanam di dalam greenhouse (permainan ini tidak sangat menerangkan mekaniknya dengan baik), dan saya juga masih mencari cara terbaik untuk menghasilkan ubatan.

Selain daripada itu, saya juga tidak menyukai bagaimana permainan ini terlalu mendesak untuk pemain membelanjakan gold (mata wang di dalam permainan) yang boleh dibeli menggunakan wang ringgit – untuk mendapatkan tenaga ataupun ruangan simpanan. Bahkan, jika anda cuba mengambil sesuatu semasa ruangan simpanan anda penuh, satu pop-up akan dikeluarkan untuk bertanya jika anda ingin membeli ruangan berbanding memberi pilihan untuk mengosongkan simpanan tersebut.

Bagi saya, pengurusan inventori boleh dipertingkatkan lagi. Contohnya, jika saya ingin membuat sesuatu barangan, saya perlu memilih barangan tersebut, menekan “manage” dan menyertakan bilangan yang ingin dibuang. Lebih baik jika saya boleh sekadar menariknya untuk membuang.

Menjadikan ia lebih menjengkelkan, sistem inventori di dalam Wizards Unite adalah tidak sama. Sebaliknya, anda akan mempunyai tiga inventori berbeza untuk ubatan, bahan dan benih tanaman. Jika anda ingin memiliki ruangan yang lebih besar, anda perlu melakukannya untuk setiap inventori tersebut secara berasingan. Dengan kata lain, anda memerlukan gold yang banyak untuknya.

Benar, jika anda mengurus barangan dengan baik, ia tidak akan menjadi masalah akan tetapi tidak bermakna ia bukan satu perkara yang menjengkelkan.

Harry Potter: Wizards Unite tidak mendapat sambutan sebesar Pokemon Go semasa ia diperkenalkan tiga tahun lepas, akan tetapi tidak bermakna yang ia merupakan satu permainan yang tidak baik. Ia mempunyai penarik tersendiri, ia juga mengintegrasikan dunia Harry Potter dengan baik (watak Harry di dalam permainan ini disuarakan oleh Daniel Radcliffe sendiri) dan saya juga menyukai sistem profesion.

Jadi, izinkan saya untuk melawat lebih banyak inn agak dapat mengisi semula energy agar saya dapat melakukan Wizarding Challenge yang seterusnya.

[info]Artikel ini merupakan terjemahan daripada artikel Harry Potter: Wizards Unite Review: Not Just a Pokemon Go Reskin oleh Andrew daripada Nextrift.[/info]

Leave a Reply