Bagi anda yang pernah memiliki konsol Nintendo 64, anda pasti mengetahui permainan penembak dinosaur iaitu Turok: Dinosaur Hunter yang mana ianya adalah satu permainan yang sangat terkenal beberapa tahun lepas.

Terkini, Pillow Pig Games dan Univesal Studios Interactive Entertainment mengumumkan satu permainan Turok baharu yang mana ianya tampaknya akan dilancarkan di PC melalui Steam pada 25 Julai 2019 ini.

Melalui video acah di atas, Turok: Escape from Lost Valley adalah permainan pengembaraan yang memfokuskan bentuk kamera isometrik dengan visual grafik 2 dimensi, yang mana kelihatan mempunyai bentuk lukisan tangan. Menurut Pillow Pig Games, permainan ini adalah berdasarkan siri komik asal Turok yang diterbitkan era tahun 1950an.

Melalui permainan ini, pemain akan bermain sebagai Turok dan beliau temani Andar dan pemain perlu mengembara di dalam dunia The Lost Valley untuk mencari jalan pulang. Melaluinya, pemain akan bertemu pelbagai jenis raksasa dan perlu menewaskannya untuk terus maju di dalam permainan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi permainan tersebut dibawah.

Layari Steam: Turok: Escape From Lost Valley

Sohor Kini