Microsoft hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mengemaskini sistem operasi buat konsol Xbox One khas buat bulan Julai 2019 ini di mana ianya menyertakan beberapa kemaskini tambahan seperti sokongan Alexa yang lebih meluas dan beberapa kemaskini Xbox Game Pass.

Antara fungsi Xbox Game Pass baharu adalah fungsi “Play Later” di mana pemain boleh menyeneraikan permainan-permainan di dalam katalog Xbox Game Pass untuk bermainnya kemudian.
Melalui fungsi ini, pemain berupaya untuk memilih permainan seterusnya yang pemain ingin mainkan seterusnya dan ianya bukan sahaja boleh ditetapkan di konsol Xbox One, malah boleh ditetapkan di aplikasi di peranti telefon pintar. Fungsi ini juga akan membenarkan konsol tersebut untuk memuat-turun permainan yang dipilih dan sekaligus memudahkan pemain untuk terus bermainnya.
Manakala kemaskini Alexa melalui konsol Xbox One juga ditingkatkan lagi di mana pemain berupaya untuk menggunakan arahan suara untuk mencari permainan-permainan baharu di katalog Xbox Game Pass dan sebagainya. Kemaskini tersebut juga memudahkan pemain untuk menggunakan arahan suara untuk menyesuai alat kawalan Xbox One dan juga melihat rakan-rakan pemain yang berada di atas-talian.
Bagi anda yang mempunyai konsol Xbox One, pastikan anda memuat-turun kemaskini ini untuk menggunakan fungsi-fungsi baharu yang dinyatakan di atas.