Informasi Permainan Video Terkini
Warframe Empyrean – Pernambahan Seterusnya Dengan Pertempuran Kapal Angkasa Dan Sistem Musuh Baharu

Warframe Empyrean – Pernambahan Seterusnya Dengan Pertempuran Kapal Angkasa Dan Sistem Musuh Baharu

Diterbitkan pada July 9, 2019 oleh .

Ketika acara TennoLive yang berlangsung minggu ini, Digital Extreme iaitu pembangun buat permainan Warframe berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan pernambahan baharu yang bakal tiba buat permainan tersebut, iaitu Empyrean.

Melalui pernambahan tersebut, pemain tampaknya bakal bertempur di angkasa dengan menggunakan kapal angkasa, iaitu Railjack. Menariknya, pemain juga berupaya untuk mengubah-suai kapal angkasa tersebut dengan pelbagai pengubah-suaian dan juga bekerjasama bersama pemain lain untuk mengendali kapal tersebut.

Seperti yang dipertontonkan di video demo di atas, pemain berupaya untuk mengubah pelbagai pengubah-suaian seperti nama kapal angkasa tersebut dan juga logo yang pemain boleh tetapkan bersama-sama dengan jenis senjata.

Menariknya, ketika pemain mengembara di dalam angkasa dengan menggunakan kapal tersebut, pemain juga berupaya untuk keluar dari kapal angkasa tersebut dan terus meneroka angkasa tersebut dengan hanya terbang menggunakan Archwings pemain, sekaligus membenarkan pemain untuk memasuki dan mencuri kapal angkasa musuh.

Pernambahan ini juga bakal menyertakan sistem koperasi baharu iaitu Squad Link di mana pemain berupaya untuk memanggil pemain lain di seluruh dunia Warframe tersebut untuk membantu pemain seperti melengkapkan misi antara di planet dan di angkasa. Ini sekaligus bukan sahaja akan mengembang sistem permainan ini, malah ianya memberi perhubungan koperasi yang lebih meluas buat pemain di dalam dunia permainan Warframe tersebut.

Menariknya juga, Digital Exteme juga bakal memperkenalkan sistem baharu yang dipanggil Kingpin System di mana ianya akan memberi cabaran buat pemain setiap kali pemain menewaskan musuh, dan musuh tersebut akan menjadi lebih berkuasa pada masa akan datang.

Buat masa ini, pernambahan Empyrean masih belum mempunyai sebarang tarikh pelancaran. Namun, Digital Extreme juga menyatakan pernambahan tersebut juga akan menyertakan pelbagai pernaik-tarafan lain seperti visual grafik dan sebagainya.

Semestinya bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan pernambahan Empyrean buat permainan Warframe, anda boleh ke laman rasmi permainan tersebut.

Juga ketika acara TennoLive yang berlangsung minggu ini, Digital Extreme juga mengumumkan pelbagai pengumuman tambahan lain dan salah satunya adalah pertandingan khas yang mana pemenang berpeluang untuk ke angkasa lepas dan menjadi “Space Ninja” yang nyata. Informasi lanjut berkenaannya boleh dilihat di laman rasmi Warframe.

Digital Extreme juga memperlihatkan video pengenalan baharu buat permainan tersebut di mana video tersebut diarahkan oleh Dan Trachtenberg, iaitu pengarah untuk filem Uncharted, 10 Cloverfield Lane dan Black Mirror.

Digital Extreme juga memperlihatkan video acah pertama untuk The Duviri Paradox, yang mana ianya salah satu kandungan dunia terbuka baharu yang bakal tiba buat permainan tersebut di mana kini ianya sedang dibangunkan.

Warfareme The New War juga diperlihatkan di mana ianya adalah acara sinematik khas yang bakal berlangsung sekitar penghujung tahun ini. Buat masa ini informasi lanjut berkenaannya masih belum dikongsikan.

Tambahan itu, bagi anda yang ingin mendapatkan pelbagai kandungan-kandungan kostum dan kelengkapan khas buat permainan Warframe, Digital Extreme juga mengumumkan beberapa kandungan baharu sudah pun dilancarkan seperti Nighwave siri ke-dua dan juga Wukong Prime bersama-sama Gauss dan Grendel.

Warframe adalah permainan percuma yang dibangunkan oleh Digital Extreme di mana ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC. Bagi anda berminat untuk mencubanya, anda boleh ke laman rasmi permainan tersebut untuk memuat-turunnya.


TIPS & ULASAN