Lanjutan pengumuman secara rasmi buat permainan Atelier Ryza: The Queen of Eternal Darkness And Secret Hideout sebelum ini, Koei Tecmo akhirnya mengumumkan secara rasmi bahawa permainan tersebut akan dilancarkan secara global.
Namun, bagi nama rasmi permainan tersebut buat pasaran global, ianya akan tiba sebagai Atelier Ryza: Ever Darkness & The Secret Hideout dan ianya bakal dilancarkan di Playstation 4, Switch dan juga PC melalui Steam. Menurut Koei Tecmo, ianya bakal tiba pada 29 Oktober 2019 ini.
Selain itu, Koei Tecmo juga berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan bentuk dan adegan buat permainan tersebut.
Atelier Ryza: Ever Darkness & The Secret Hideout akan memfokuskan penceritaan baharu yang mana pemain akan bermain sebagai seorang watak gadis bernama Ryza, di mana beliau ingin melarikan diri dari kampung halamannya yang membosankan bersama-sama rakan mereka. Namun, ketika mereka mengembara di satu kepulauan terlarang, mereka menemui seorang ahli sihir yang mengubah keseluruhan hidup mereka.
Kemudiannya, Ryza mempelajari ilum alkimia dan mengembara untuk menyelamat kampung halamannya daripada ditakhluk oleh satu kuasa jahat.
Menurut Koei Tecmo, permainan ini akan menyertakan pelbagai bentuk visual yang menarik di campur dengan yang sangat luas. Menariknya juga, permainan ini juga akan menyertakan bentuk pengubah-suaian sintesis yang baharu di mana pasti memberi pelbagai jenis kebebasan dan kelainan buat pemain berbanding siri Atelier sebelum ini.

Seperti edisi pasaran Jepun sebelum ini, Koei Tecmo juga bakal melancarkan edisi terhad khas buat pasaran global yang mana ianya akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan seperti:
- Permainan penuh Atelier Ryza: Ever Darkness & The Secret Hideout
- Buku karya seni
- Rantai kunci
- Kad karya seni
- Poster kain
- Kotak khas
Bagi anda yang meminati permainan JRPG ataupun siri Atelier, pastikan anda mendapatkan permainan ini menjelang Oktober ini.