Informasi Permainan Video Terkini
Call of Duty: Black Ops 4 Menerima Kandungan Zombi Baharu Operation Apocalyse Z
PC

Call of Duty: Black Ops 4 Menerima Kandungan Zombi Baharu Operation Apocalyse Z

Diterbitkan pada July 9, 2019 oleh .

Activision hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kandungan baharu buat permainan Call Of Duty: Black Ops 4 yang mana ianya akan memfokuskan bentuk multi-pemain secara koperasi, iaitu mod Operation: Apocalypse Z.

Melalui Operation: Apolalypse Z ini, Activision akan menyertakan beberapa kandungan khas dan peta lokasi baharu untuk pemain bermain dan bertempur dengan zombi-zombi. Seperti biasa, untuk memperoleh kandungan ini, pemain perlu dahulu memiliki pas musim permainan tersebut dengan harga bermula RM204 melalui platform pilihan anda.

Menurut Activision, Operation Apocalyse Z buat Call Of Duty: Black Ops 4 akan dilancarkan di Playstation 4 dahulu bermula lewat hari ini dan diikuti dengan konsol Xbox One dan PC menjelang 16 Julai 2019.


TIPS & ULASAN