Seperti kita sedia maklum, di acara E3 lepas CD Projekt Red telah memperlihatkan demo terbaru bagi permainan Cybeprunk 2077 secara tertutup dan kualiti grafik yang diperlihatkan sangat mengagumkan.
Namun, apabila spesifikasi PC yang digunakan untuk demo tersebut dikongsi, ramai yang risau mengenai kualiti grafik permainan tersebut di PC spesifikasi yang lebih rendah dan juga di konsol seperti PlayStation 4 dan Xbox One.
Berdasarkan temubual bersama WCCFTECH, Alvin Liu daripada CD Projekt Red mengatakan yang pemain tidak perlu risau kerana mereka menggunakan enjin sendiri yang akan memberikan kualiti grafik yang baik walaupun di konsol. Bahkan mereka menganggap konsol sebagai platform ‘kelas pertama’.
Walaupun, mengesahkan yang jika pemain mempunyai PC yang mempunyai spesifikasi tinggi, Cyberpunk 2077 akan nampak lebih baik tetapi kualiti yang disediakan untuk konsol dan PC spesifikasi rendah akan tetap baik.
Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 16 April 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.