Mobile Legends Professional League (MPL) bagi Malaysia dan Singapura kembali lagi untuk musim ke-4. Musim ke-3 yang berakhir pada April lepas memperlihatkan GeekFam menjadi juara keseluruhan.

Bagi musim ke-4 ini, Moonton telah mengumumkan penawaran hadiah terkumpul sebanyak RM414 ribu. Enam pasukan yang telah mendapat jemputan terus adalah seperti berikut;

  • GeekFam
  • Shopee Bosskurr
  • Reborn
  • Xpax X-Assins
  • EVOS Esports
  • Bigetron

Selain daripada 6 pasukan tersebut, 4 pasukan lagi akan menyertai mereka di peringkat akhir akan dipilih melalui pusingan kelayakan. Kelayakan bagi Malaysia akan berlangsung bermula 19 Julai sehingga 21 Julai. Manakala untuk Singapura pada 27 Julai sehingga 28 Julai.

Pendaftaran untuk pusingan kelayakan tersebut kini dibuka iaitu bermula pada 5 Julai lepas sehingga 14 Julai. Pendaftaran adalah terhad untuk 512 pasukan bagi Malaysia dan 128 pasukan untuk Singapura.

Bagi maklumat lanjut serta berminat untuk pendaftaran anda boleh layari – Borang Pendaftaran Peringkat Kelayakan Untuk MPL Musim Ke-4.

Sohor Kini