Skip to main content

Berdasarkan data jumlah tontonan untuk separuh tahun ini iaitu bermula 1 Januari 2019 sehingga 30 Jun 2019, permainan MOBA Riot Games iaitu League of Legends merupakan permainan dengan jumlah tonton tertinggi iaitu 512.3 juta tontonan.

Ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 77.1 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Peningkatan tersebut tampaknya memberi kesan kepada Fortnite yang berada di tempat kedua dengan 465 juta tontonan iaitu 66.1 juta kurang berbanding tahun lepas.

PUBG pula yang pada tahun lepas merupakan permainan keempat paling popular, tampaknya terkeluar daripada senarai 10 permainan paling popular untuk tahun ini. Apex Legends merupakan permainan baharu yang menyertai senarai tersebut.

Peningkatan populariti League of Legends adalah disebabkan kandungan-kandungan kejohanan permainan tersebut terus menerima tontonan yang tinggi.

Leave a Reply