Skip to main content

Netmarble Corp mengumumkan yang permainan MMORPG mudah alih mereka iaitu Lineage 2: Revolution menerima satu mod PvP baharu yang menggunakan konsep Capture the Flag.

Melalui mod ini, pemain akan berebut bendera yang terdapat di pertengahan peta. Markah akan diberikan kepada pemain yang memegang bendera tersebut, lebih lama pemain memegangnya lebih banyak markah akan diperoleh.

Memenanginya, pemain akan mendapat markah untuk ditebus pelbagai ganjaran, termasuk juga mata wang di dalam permainan baharu yang boleh digunakan di ‘Pan’s Capture the Flag Coin Exchange Shop’.

Selain itu, Netmarble juga mengumumkan yang kostum, field boss, barangan di dalam permainan dan juga acara baharu akan tiba ke dalam permainan tersebut. Permainan ini pada bulan lepas telah menerima mod pertempuran royale tersendiri.

Lineage 2: Revolution sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android.

Leave a Reply