Jika perlumbaan motosikal ataupun kereta sudah menjadi bosan untuk anda, mungkin sudah masa untuk anda mencuba sesuatu yang lebih besar iaitu perlumbaan truk pula.
Bigben Interactive mengumumkan yang permainan FIA European Truck Racing Championship akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 18 Julai 2019.
Ia adalah berdasarkan kejohanan yang menggunakan nama yang sama dan permainan ini akan menyertakan kesemua pasukan yang terlibat, walaupun ia bukanlah satu perkara yang penting kerana kami tahu, anda hanya ingin berlumba truk.
Permainan ini dibangunkan oleh N-Racing dan diterbitkan oleh Bigben Interactive.