Forager sudah diumumkan untuk PlayStation 4, Switch dan PC pada awal tahun ini, ia sudah dikeluarkan untuk PC pada April lepas tetapi bagi pemilik konsol mereka terpaksa menghargai kecomelan permainan ini dari jauh.

Penantian tersebut terjawab apabila HopFrog sebelum ini mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Switch pada 30 Julai 2019.

Hari ini, mereka mengumumkan, bagi yang lebih menggemari membeli permainan secara fizikal, versi fizikal akan untuk kedua-dua konsol tersebut akan tiba September ini.

Forager adalah permainan pengembaraan yang menyertakan elemen seperti berkebun, mencipta barangan dan juga dungeon crawler, namun keunikan utama permainan ini adalah arahan seni yang digunakan.

Sohor Kini