Skip to main content

Nintendo hari ini berkongsi satu video acah baharu buat permainan Pokémon Sword dan Pokémon Shield yang mana ianya memperlihatkan sebilangan kandungan baharu buat permainan tersebut.

Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, permainan tersebut akan dilancarkan di konsol Switch menjelang 15 November 2019 ini.

Melalui video acah di atas, Nintendo memperlihatkan beberapa Pokémon baharu yang mana ianya terdiri daripada pelbagai jenis dari jenis pari-pari sehinggalah ke jenis besi. Berikut adalah senarai Pokémon baharu yang diperlihatkan.

  • Alcremie
  • Yamper
  • Rolycoly
  • Duraludon

Selain daripada bentuk Dynamax yang diumumkan sebelum ini, Nintendo juga memperlihatkan fungsi Gigantamax, yang mana seperti Dynamax, ianya akan mengubah sesuatu Pokémon tersebut menjadi besar. Namun, melalui Gigantamax, rupa bentuk Pokémon tersebut juga akan berubah dengan beberapa perubahan.

Selain itu, Gigantamax tersebut juga akan meningkatkan kuasa sesuatu Pokémon tersebut dan mereka berupaya untuk melakukan serangan G-Max Moves yang mana ianya adalah kemahiran khas untuk Pokémon dengan bentuk Gigantamax sahaja. Menurut Nintendo, kemahiran tersebut adalah unik dan terhad untuk beberapa Pokémon sahaja.

Selain itu, Nintendo juga memperlihatkan sebilangan watak baharu buat permainan ini seperti Chairman Rose, Oleana dan juga beberapa watak ketua gim baharu seperti Bea dan Allister. Menariknya, watak Bea dan Allister tersebut boleh ditempur mengikut jenis permainan Pokémon yang dimainkan oleh pemain di mana Bea akan tiba di Pokémon Sword dan Allister pula di Pokémon Shield.

Sememangnya permainan Pokémon Sword dan Pokémon Shield kelihatan sangat menarik dengan pelbagai kandungan yang bakal dilancarkan kelak. Bagi anda yang ingin dapatkan permainan tersebut, pastikan anda membelinya menjelang November ini.

Leave a Reply