Bagi anda yang masih bermain permua Pokémon GO, bermula 10 hingga 31 Julai 2019 ini, Niantic Labs mengumumkan bahawa mereka akan membawa Armored Mewtwo melalui Raid Battle di mana anda akan berpeluang untuk bertempur dan menangkap Pokémon tersebut.
Menurut Niantic Labs, acara ini adalah promosi masa terhad yang mana pada masa yang sama mereka juga menyertakan pelbagai barangan kosmetik khas yang pemain boleh dapatkan melalui kedai atas-talian Style Shop.
Menariknya, menurut Niantic Labs, rekaan Armored Mewtwo ini adalah berdasarkan filem Pokémon: Mewtwo Strikes Back Evolution yang bakal ditayangkan bulan ini.
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan sejarah Armored Mewtwo, ianya adalah versi Mewtwo yang dilengkapi dengan pelbagai perisai dan set kelengkapan yang dihasilkan oleh Team Rocket, di mana mereka ingin mempergunakan kuasa psikik Pokémon tersebut.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan salah satu Pokémon lagenda ini melalui permua Pokémon GO bermula minggu ini.