Bagi anda yang sudah pun memiliki permainan Stardew Valley di pelbagai plaftorm lain, anda mungkin berminat untuk melengkapkan koleksi permainan ini di peranti telefon pintar anda di mana bermula hari ini sehingga 13 Julai 2019 ini, permainan Stardew Valley ditawarkan dengan harga promosi dengan hanya RM23.99 berbanding harga asalnya RM34.90
Stardew Valley merupakan permainan simulasi berkebun di mana ianya telah pun dilancarkan dipelbagai platform termasuklah konsol, PC dan juga versi permua di peranti telefon pintar iOS dan juga Android.
Melalui versi permua ini, ianya mempunyai sokongan kawalan dengan menggunakan skrin sesentuh dan versi Android baru sahaj dilancarkan awal tahun ini.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya di peranti Android anda, anda boleh ke pautan rasmi Play Store di bawah untuk membelinya.
[info] Beli: Stardew Valley di Android [/info]