Nintendo minggu ini menyatakan melalui sesi temu bual pemegang saham di Jepun bahawa jumlah pelanggan buat servis atas talian konsol Switch, iaitu Nintendo Switch Online kini mencapai lebih dari 10 juta.
Menurut presiden Nintendo, Shuntaro Furukawa, beliau mengesahkan bahawa jumlah pelanggan Nintendo Switch Online sememangnya terus meningkat dengan baik sejak ianya dilancarkan September lepas.
Tambah beliau lagi, servis tersebut sememangnya mendapat sambutan atas sebab servis penyimpanan fail permainan atas talian dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian. Tambahan itu, dengan senarai permainan NES semakin bertambah dan permainan Tetris 99, servis langganan tersebut sememangnya semakin berbaloi untuk dilanggan.
Meskipun begitu, dari segi teknikal dan perbandingan dengan servis langganan di konsol lain, Nintendo Switch Online semestinya agak ketinggalan. Sebagai seorang pelanggan Nintendo Switch Online, kami sendiri di Aksiz juga berharap agar mereka menyertakan pelbagai lagi servis dan fungsi lain pada masa akan datang.