Melalui laman Amazon UK, mereka secara tidak sengaja menyenaraikan permainan kolek Batman Arkham Collection di mana ianya akan menyertakan ketiga-tiga siri permainan Batman oleh Rocksteady studios iaitu Batman Arkham Knight, Batman Akham City dan Batman Arkham Asylum buat konsol Playstation 4 dan Xbox One.

Menurut senarai tersebut, koleksi permainan tersebut akan dilancarkan pada 6 September 2019 ini dan menariknya juga, senarai tersebut juga memperlihatkan bekas besi khas yang bakal tiba bersama permaian tersebut.

Sebelum ini, Rocksteady Studios telah pun melancarkan permainan Batman: Return To Arkham yang mana ianya adalah koleksi permainan Batman Arkham Asylum dan Batman Arkham City.

Terkini, tampaknya mereka tidak berhenti setakat itu sahaja yang mana mereka akan menyertakan permainan Batman Arkham Knight dengan edisi lengkap yang menyertakan kesemua kandungan DLC yang dilancarkan sebelum ini.

Namun, seperti biasa memandangkan permainan Batman Arkham Origin tidak dibangunkan oleh Rocksteady Studios, ianya tidak akan disertakan.

Seperti biasa, kami akan mengemaskininya setelah ianya diumumkan secara rasmi oleh Warner Bros. kelak.

Sohor Kini