Kita semua sudah tahu yang Disney sedang liat aktif dalam menjadikan filem animasi klasik kepada filem aksi-nyata. Tahun ini sahaja, kita sudah saksikan Dumbo, Aladdin dan minggu hadapan The Lion King pula akan mua ditayangkan. Lagi satu filem yang Diney katakan akan diolah dari animasi ke aksi-nyata adalah Mulan.
Mulan adalah animasi klasik yang ditayangkan pada tahun 1998. Ia mengisahkan Hua Mulan, iaitu seorang gadis yang bapanya adalah Hua Zhou – iaitu pahlawan terkemuka. Mulan ingin mengambil tempat bapanya dan menjadi pahlawan. Namun atas halangan, Mulan terpaksa menyamar menjadi lelaki untuk menumpaskan musuh Hun.
Dalam filem aksi nyata, Disney jadikan filem Mulan lebih realistik. Menurut sumber, kekasih Mulan – Li Shang tidak akan muncul dalam filem ini. Kemudian watak Mushu (naga kecil) dan Cri-Kree (cengkerik) juga mungkin tidak akan mucul dan ada sumber mengatakan jika mereka muncul, mereka akan hadir dalam bentuk manusia. Bukan itu sahaja, sumber turut mengatakan yang muzik-muzik dalam filem ini akan diolah hanya menjadi instrumental sahaja.

Di dalam video acah, turut kelihatan babak yang pasti mengimbau kembali kenangan zaman masa kecil. Babak tersebut adalah salji runtuh sambil Mulan diburu oleh pasukan Hun. Agak menarik, Disney mengambil keputusan untuk mengolah filem ini menjadi lebih realitistik dan bukannya olahan animasi ke aksi nyata 1:1 seperti Aladdin.
Mulan dalam filem ini dilakonkan oleh Yifei Liu, Donnie Yen pula akan melakonkan watak Commander Tung, Yoson An sebagai Cheng Honghui, Gong Li akan memainkan watak Xianniang (tiada dalam animasi) dan Jet Li akan berlakon sebagai Emperor. Filem ini akan hadir di pawagam pada tahun hadapan.