Skip to main content

Fire Emblem: Three Houses mungkin akan menjadi permainan Fire Emblem paling panjang apabila pengarah permainan tersebut Toshiyuki Kasukihara mengatakan yang beliau menghabiskan lebih 80 jam untuk menghabiskan permainan tersebut menggunakan satu ‘rumah’.

Seperti kita sedia maklum, termasuk juga judul permainan ini, ia akan menyertakan tiga rumah secara keseluruhan. Oleh kerana itu, beliau mengatakan jika pemain ingin bermain kesemua rumah, ia akan mengambil 200 jam.

Keputusan pemain serta pilihan rumah di dalam permainan ini akan memberikan pengakhiran yang berbeza dan mungkin sedikit kelainan di dalam pengalaman bermain, akan memberi motivasi kepada pemain untuk mencubanya.

Permainan yang panjang menjadi sesuatu yang sukar untuk kami mainkan sekarang, bagaimana dengan anda? Adakan anda lebih gemari permainan yang mengambil beratus jam untuk dihabiskan atau sesuatu yang lebih pendek?

Fire Emblem: Three Houses dibangunkan oleh Intelligent System dan Koei Techmo serta diterbitkan oleh Nintendo pada 26 Julai 2019 secara eksklusif untuk Nintendo Switch.

Leave a Reply