Skip to main content

Bulan lepas, Bandai Namco mengumumkan permainan perlawanan One Punch Man: A Hero Nobody Knows bakal dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Terkini, ketika acara Anime Expo 2019 yang berlangsung di Amerika Syarikat minggu ini, mereka berkongsi sebilangan watak-watak tambahan yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Bagi anda yang meminati siri anime One Punch Man, anda pasti mengetahui watak-watak yang diperlihatkan iaitu Vaccine Man, Mosquito Girl, Carnage Kabuto dan Deep Sea King di mana mereka merupakan watak-watak raksasa musuh di dalam musim pertama anime One Punch Man tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, One Punch Man: A Hero Nobody Knows merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan bentuk 3 lawan 3. Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan dan menurut Bandai Namco ianya bakal dilancarkan secara global.

Leave a Reply