Informasi Permainan Video Terkini
Watak DLC Bakugo Diperlihatkan Secara Rasmi Buat Permainan Jump Force
PC

Watak DLC Bakugo Diperlihatkan Secara Rasmi Buat Permainan Jump Force

Diterbitkan pada July 6, 2019 oleh .

Sebelum ini kami berkongsi yang mana Bandai Namco mengumumkan sebilangan watak-watak DLC yang bakal tiba buat permainan Jump Force dan 3 daripadanya telah pun dilancarkan Mei lepas.

Terkini, Bandai Namco berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan watak Bakugo dari siri anime My Hero Academia, iaitu watak DLC seterusnya buat permainan tersebut.

Bakugo merupakan salah seorang pelajar adiwira di dalam siri anime My Hero Academia di mana dia mempunyai kuasa letupan daripada tangannya. Menurut Bandai Namco, watak tersebut akan dilancarkan sekitar pertengahan tahun ini bersama-sama watak Majin Buu daripada Dragon Ball Z.

Jump Force merupakan permainan perlawanan oleh Bandai Namco yang memfokuskan pelbagai watak-watak anime seperti Dragon Ball, One Piece dan sebagainya. Ianya telah pun dilancarkan Februari lepas di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.


TIPS & ULASAN