Seperti yang kami laporkan sebelum ini, DLC pertama buat permainan dunia terbuka One Piece: World Seeker bakal memfokuskan watak Zoro di mana ianya akan membenarkan pemain untuk bermain sebagai beliau.

DLC tersebut bertajuk “The Void Mirror Prototype” dan ianya bakal dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai 2019 ini menurut Bandai Namco.

https://www.youtube.com/watch?v=O5w9gmW6jSI

Melalui DLC ini, pemain akan mengembara di dalam dunia permainan tersebut dengan mengguna Zoro dan pada masa yang sama menyelesaikan misteri kilang robot bersama-sama dengan bertempur dengan pelbagai jenis musuh.

DLC tersebut akan dilancarkan melalui pas musim ataupun secara berasingan di mana anda boleh dapatkannya melalui platform pilihan anda.

Menariknya, di dalam video acah di atas, Bandai Namco juga memperlihatkan dua lagi DLC tambahan lain yang bakal tiba buat permainan tersebut di mana ianya akan memfokuskan watak Sabo dan Law.

One Piece: World Seeker telah pun dilancarkan secara rasmi di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Sohor Kini