Skip to main content

Siri permainan One Piece sememangnya mendapat sambutan ramai terutamanya buat peminat siri anime yang terkenal tersebut dan kini, Bandai Namco ketika di acara Anime Expo 2019 di Amerika Syarikat, mereka mengumumkan bahawa permainan seterusnya buat anime tersebut bakal dilancarkan tahun hadapan.

One Piece: Pirate Warriors 4 akan tiba di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC di mana ianya adalah permainan hasil kerjasama bersama Koei Tecmo dan Omega Force.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan siri permainan ini, ianya adalah permainan berbentuk seakan Dynasty Warriors yang mana pemain akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh dengan bilangan yang banyak, menggunakan watak-watak daripada siri anime One Piece.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan. Namun apa yang pasti ianya bakal dilancarkan 2020 kelak.

Leave a Reply