Skip to main content

Lanjutan daripada pengumuman kejohanan eRacing Grand Prix SEA oleh Axle Motorsport sebelum ini, ujian masa pertama buat kejohanan tersebut akhirnya diumumkan bakal berlangsung di litar antarabangsa Sepang hujung minggu ini juga bersempena acara Malaysia Speed Festival (MSF).

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, kejohanan ini dijayakan oleh bekas pemandu Formula 1 iaitu Alex Yoong dan kejohanan ini juga bertujuan untuk mencari bakat baharu sebagai platform untuk melatih pemain menjadi pemandu profesional.

Berikut adalah jadual penuh ujian masa buat kejohanan eRacing Grand Prix SEA:

  • 6 hingga 7 Julai 2019, Litar Antarabangsa Sepang
  • 13 hingga 14 Julai 2019, Atria Shopping Gallery

Kejohanan tersebut kemudiannya akan berlangsung di negara Filipina, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Thailand di mana 45 pelumba terbaik setiap negara berpeluang untuk merebut peluang untuk menjadi pelumba profesional Formula 4 South East Asia Championship F4SEA).

Bagi anda ingin mengetahui informasi lanjut, anda boleh ke laman rasmi kejohanan tersebut di bawah.

[info] Layari: eRacing Grand Prix SEA [/info]

Leave a Reply