Gaming Company dan Pixelated Milk minggu ini mengumumkan permainan taktikal RPG, Warsaw akan dilancarkan pada 5 September 2019 ini di PC melalui Steam. Menurut pembangun, permainan tersebut juga bakal tiba di konsol Playstation 4 dan Switch, namun tarikh pelancarannya akan diumumkan kemudian.
Warsaw merupakan permainan tatikal RPG yang memfokuskan bentuk pertempuran secara turutan. Melaluinya, pemain bukan sahaja perlu menewaskan musuh, malah pemain perlu memastikan pasukan askar pemain terjaga dengan pelbagai senjata dan juga memastikan tempat perlindungan pemain mempunyai segala kelengkapan yang mengcukupi.
Permainan ini juga mempunyai pelbagai adegan bersejarah dan memandangkan ianya berkait rapat dengan perang dunia kedua, permainan ini juga mempunyai pelbagai penceritaan yang mendalam berkenaan peperangan dicampur dengan pelbagai perkara bersejarah yang berlaku ketika itu.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh ke laman rasmi Steam permainan Warsaw tersebut untuk menyenaraikannya ke dalam senarai hajat anda dan anda boleh membelinya setelah ianya dilancarkan September kelak.