Skip to main content

Kyodai dan Soedesco hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan pengembaraan sains fiksyen Elea ke konsol Playstation 4 pada 25 Julai 2019 ini. Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Xbox One dan PC pada tahun lepas.

Elea merupakan permainan pengembaraan sains fiksyen yang mana pemain akan bermain sebagai saintis di angkasa lepas, iaitu Elea. Permainan ini bertempatkan pada tahun 2073, dan untuk menyelematkan bumi akibat wabak penyakit yang merebak, pemain akan mengembara di angkasa lepas untuk mencari planet seterusnya buat manusia untuk mendiami.

Menurut Soedesco, sejak pelancaran permainan tersebut tahun lepas di PC dan Xbox One, mereka telah pun membaiki dan menaik-taraf pelbagai kandungan permainan tersebut di mana versi Playstation 4 ini juga akan menyokong pelbagai peningkatan visual grafik, termasuklah sokongan resolusi 4k buat konsol Playstation 4.

Bagi anda yang berminat permainan bergenre ini, pastikan anda mendapatkannya menjelang penghujung bulan ini.

Leave a Reply