Informasi Permainan Video Terkini
Musim Pertama Pass Royale Untuk Clash Royale Kini Bermula

Musim Pertama Pass Royale Untuk Clash Royale Kini Bermula

Diterbitkan pada July 5, 2019 oleh .

Clash Royale akhirnya melancarkan Pass Royale iaitu langganan seakan Battle Pass untuk Fortnite dan musim pertama untuk Pass Royale tersebut dipanggil sebagai The Flood.

Pass Royale boleh dibeli dengan harga RM19.90 dan setiap musim akan berlangsung selama 35 hari. Setiap pembelian akan memberikan pelbagai perhiasan seperti hiasan menara dan emote. Ia juga memberikan peti serta kad tersendiri.

Selain gold dan token, ia juga akan memberikan Thunder Strikes iaitu membolehkan anda untuk membuka sesuatu peti secara terus. Seperti biasa, Pass Royale juga menyertakan peringkat tersendiri yang boleh dibuka dengan bermain.

Secara keseluruhan terdapat 35 peringkat, dan ia memerluka 10 crowns untuk membuka satu peringkat. Crowns tersebut boleh didapati dengan bermain secara biasa (Battle), 2v2 dan juga Event.

Pemain yang membeli Pass Royale juga diberi kebolehan untuk mengaturkan peti agar ia akan dibuka secara automatik tetapi ia terhad kepada satu peti sahaja pada satu masa. Anda juga boleh bermain acara secara percuma.

Saya sudah lama meninggalkan Clash Royale, hadirnya Pass Royale ini mungkin akan membuatkan saya kembali bermain, bagaimana dengan anda?


TIPS & ULASAN