Skip to main content

Lanjutan daripada pengumuman permainan Story Of Season: Reunion In Mineral Town yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, XSEED Games hari ini akhirnya mengesahkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan secara global, dengan nama Story Of Seasons: Friends Of Mineral Town.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan ini, seperti yang kami kongsikan, Story of Seasons: Friends Of Mineral Town adalah permainan olahan semula daripada permainan Harvest Moon: Friends Of Mineral Town yang dilancarkan di Game Boy Advance beberapa tahun lepas.

Permainan ini dibangunkan oleh Marvelous, iaitu pembangun asal untuk permainan Harvest Moon sebelum ini. Namun, atas sebab nama “Harvest Moon” dimiliki oleh Natsume, XSEED Games dan Marvelous tidak boleh menggunakan nama tersebut. Namun dari segi nama asal buat pasaran Jepun, ianya masih lagi dikenali sebagai Bokujo Monogatari.

Buat masa ini, tarikh rasmi pelancaran permainan Story of Seasons: Friends Of Mineral Town masih belum diumumkan, namun bagi pasaran Jepun ianya bakal tiba Oktober ini khas di Switch.

Leave a Reply