Gungho Online dan Capcom hari ini mengumumkan satu permainan mudah-alih (Permua) baharu berbentuk pertempuran kad, iaitu Teppen di mana ianya boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android.
Melalui Teppen, pemain berupaya untuk bertempur dengan pemain lain ataupun melalui mod solo di mana ianya mempunyai sistem pertempuran kad yang pantas dengan pelbagai bentuk kad.
Menariknya, memandangkan permainan ini menyertakan pelbagai watak dari francais Capcom, GungHo Online menyatakan bahawa akan terdapat pelbagai watak yang bakal tiba dan termasuklah watak-watak dari siri Street Fighter, Monster Hunter, Mega Man X, Devil May Cry, Resident Evil dan sebagainya yang bakal ditambahkan kemudian.
Walaupun begitu, dukacitanya permua ini masih belum tiba di pasaran Malaysia dan bagi anda yang ingin mencubanya, anda berupaya untuk berbuat demikian dengan memiliki akaun iTunes Store ataupun Play Store di rantau lain, dengan memuat-turunnya melalui pautan di bawah.
[download] Muat-Turun Android: Teppen [/download][download] Muat-Turun iOS: Teppen [/download]