Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Koperasi Terbaik Overcooked Kini Percuma Di Epic Games Store
PC

Permainan Koperasi Terbaik Overcooked Kini Percuma Di Epic Games Store

Diterbitkan pada July 4, 2019 oleh .

Tawaran Last Day of June secara percuma di Epic Games Store berakhir hari ini, dan ia digantikan dengan bagi kami permainan koperasi terbaik iaitu Overcooked.

Tidak banyak yang perlu dijelaskan mengenai Overcooked kerana kami yakin walaupun tidak pernah mencuba tetapi mesti pernah mendengar mengenainya.

Ia dibangunkan oleh Ghost Town Games dan diterbitkan oleh Team 17 pada tahun 2016 untuk hampir kesemua platform utama. Jika anda tidak memilikinya, atau membeli di platform lain, ini adalah peluang anda untuk mendapatkannya secara percuma bagi versi PC.

Epic Games Store menawarkan permainan ini secara percuma bermula sekarang sehingga 11 Julai 2019 yang kemudiannya digantikan dengan permainan Torchlight.

Epic Games Store: Overcooked


TIPS & ULASAN