Dengan pelancaran Daemon X Machina yang semakin hampir pada September ini, hari ini Marvelous memperlihatkan edisi terhad buat permainan tersebut di mana ianya bakal dilancarkan pada September ini.
Buat masa ini, Nintendo dan Marvelous masih belum berkongsi sebarang informasi berkenaan pra-tempahan bagi edisi terhad tersebut. Namun, berdasarkan imej yang disediakan, sememangnya ianya akan menyertakan pelbagai kandungan yang sangat menarik buat peminat.

Dengan nama Daemon X Machina Orbital Limited Edition, edisi ini akan menyertakan:
- Permainan penuh Daemon X Machina
- Bekas besi khas
- Kotak dengan rekaan hangar khas
- Figura Arsenal bersaiz 18cm
- Buku karya seni dengan 100 muka surat
Seperti yang dikongsikan kami di atas, buat masa ini informasi lanjut berkenaan masih belum dikongsikan. Tambahan itu, berdasarkan laporan Nintendo Life, kelihatan versi yang ditawarkan di atas adalah buat pasaran Eropah. Mungkin juga bagi pasaran global, Marvelous akan menyertakan kandungan ataupun barangan lain.
Seperti biasa, kami akan mengemaskininya jika terdapat sebarang informasi lanjut berkenaannya.
Sebelum ini, Marvelous dan Nintendo juga memperlihatkan sebilangan pernaik-tarafan yang dilakukan oleh mereka selepas mengadakan sesi percubaan demo beberapa bulan lepas.
Daemon X Machina akan dilancarkan pada 13 September 2019 khas di konsol Switch.