Tahun 2019 adalah tahun ke-80 Marvel beroperasi. Sepanjang 80 tahun Marvel beroperasi ini, sudah banyak komik, siri TV, animasi dan juga filem hadir. Terkini, bagi menyambut ulang tahun Marvel ini – Pos Malaysia telah bekerjasama dengan Walt Disney Southeast Asia untuk hadir dengan set setem edisi khas bertemakan Marvel 80 Years.

Dengan pelancaran set setem ini, ia secara tidak langsung menjadikan set setem pertama bertemakan adiwira daripada Pos Malaysia. Bukan itu sahaja, dengan setem sebegini Pos Malaysia turut mensasarkan generasi mudah untuk kembali menggunakan teknik surat menyurat dan bukannya media sosial melalui penjualan setem ini.
Dalam set setem ini, ia akan memperlihatkan watak-watak adiwira seperti Captain America, Ironman, Thor, The Hulk, Spiderman, Dr. Strange, Black Widow, Black Panther dan juga penjahat seperti Loki dan Thanos. Set setem ini dijual pada harga RM120 dan di dalamnya terdapat 11 keping setem bersama-sama dengan beberapa barangan lain. Bagi mereka yang berminat, anda boleh dapatkannya melalui laman web eziemall.
[download] Beli Set Setem Pos Malaysia 80 Years Marvel Di Sini [/download]