Bagi anda yang pernah bermain permainan Onechanbara di konsol Playstation 2 beberapa tahun lepas, anda pasti berminat dengan pengumuman terkini oleh D3 Publisher minggu ini di mana mereka mengumumkan bahawa mereka akan mengolahkan semula permainan pertama The Onechanbara dan The Onechanbara 2 ke konsol Playstation 4.

Dengan nama Onechanbara Origin, permainan ini sekali lagi akan memfokuskan watak Aya dan Saki di mana mereka akan bertempur sesama mereka di dalam dunia pasca apokaliptik yang dipenuhi dengan zombi.

Seperti permainan sebelum ini, Onechanbara Origin akan memfokuskan bentuk pertempuran beraksi yang mana pemain akan bertempur dengan pelbagai jenis zombi dengan menggunakan senjata pedang katana.

Bersempena dengan pengumuman ini. D3 Publisher juga memperkenalkan lagu tema rasmi buat permainan tersebut yang dinyanyikan oleh Broken By The Scream. Bagi anda yang berminat untuk menontonnya, anda boleh melihat video tersebut di bawah di mana mereka juga menyertakan beberapa adegan bentuk permainan.

Onechanbara Origin dijadualkan untuk dilancarkan tahun ini buat pasaran Jepun, khas di konsol Playstation 4. Buat masa ini, dari segi pelancaran global termasuklah sokongan bahasa Inggeris, ianya masih belum diumumkan.

Sohor Kini