Mei lepas, Capcom mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Monster Hunter World: Iceborne pada September ini, di mana ianya adalah pernambahan utama buat permainan tersebut yang akan dijual secara berasingan dan juga secara bersama dengan permainan Monster Hunter World.
Terkini, melalui temu bual bersama Game Informer, penerbit permainan tersebut iaitu Ryozo Tsujimoto menyatakan bahawa Iceborne sememangnya pernambahan utama terakhir buat permainan tersebut. Menurut beliau, mereka sememangnya mempunyai perancangan untuk menyertakan pelbagai lagi kandungan tambahan lain setelah Iceborne dilancarkan kelak, namun dari segi pernambahan utama, mereka tiada sebarang rancangan untuk melancarkannya selepas Iceborne.
Bagi anda yang masih lagi bermain permainan Monster Hunter World, semestinya tidak perlu khuatir berkenaan kandungan permainan tersebut memandangkan Ryozo Tsujimoto mengesahkan akan terdapat pelbagai lagi kandungan yang bakal tiba buat permainan tersebut. Tambahan itu, memandangkan permainan Monster Hunter World itu sendiri adalah permainan jualan tertinggi oleh Capcom, kami percaya mereka pasti akan terus menyokong permainan ini pada masa akan datang.
Bagi anda yang ingin menonton keseluruh temu bual tersebut, anda boleh menontonnya di bawah di mana terdapat juga beberapa persoalan berkenaan permainan tersebut termasuklah pernambahan Iceborne yang dijawab oleh pengarah Monster Hunter World, Daisuke Ichihara dan penerbit Ryozo Tsujimoto.