Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Perlumbaan GRID Ditunda – Bakal Dilancarkan Pada Oktober Ini
PC

Permainan Perlumbaan GRID Ditunda – Bakal Dilancarkan Pada Oktober Ini

Diterbitkan pada July 4, 2019 oleh .

Sebelum ini, Codemasters mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan perlumbaan baharu GRID pada September ini. Terkini tampaknya, tarikh pelancarannya akan ditundakan.

Meskipun begitu, ianya tidaklah ditundakan dengan begitu lama, memandakang tarikh baharu pelancarannya adalah 11 Oktober 2019.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, GRID adalah permainan olahan semula untuk permainan asal GRID yang lebih dari 10 tahun lepas. Bagi anda yang baru dengan siri ini, GRID merupakan permainan simulasi perlumbaan yang memfokuskan perlumbaan kereta di pelbagai jenis litar. Apa yang menariknya adalah permainan ini mempunyai satu sistem ‘Flashback’ yang membenarkan pemain untuk putarkan kembali masa jika pemain melakukan kesilapan.

Menurut kenyataan rasmi Codemasters, permainan tersebut akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC. Menariknya, bagi mereka yang membeli edisi Ultiamte, Codemasters akan menyertakan akses awal sebanyak 3 hari lebih awal, iaitu pada 8 Oktober 2019. Codemasters juga menyatakan bahawa permainan tersebut juga bakal tiba di Google Stadia sebagai permainan pelancarannya.

Walaupun ianya agak mengecewakan untuk sesuatu permainan ditundakan, namun sekurang-kurangnnya tarikh penundaan GRID tidaklah terlalu lama dan anda berupaya untuk bermainnya menjelang Oktober ini sahaja.


TIPS & ULASAN