Playstation Asia minggu ini akhirnya mengumumkan bahawa permainan MMORPG atas-talian, TERA akhirnya tiba di pasaran Malaysia melalui konsol Playstation 4.

Permainan tersebut sebelum ini dilancarkan di seluruh negara bermula dengan versi PC dan diikuti dengan versi konsol buat Playstation 4 dan Xbox One. Namun apabila ianya dilancarkan sebelum ini, ianya tidak dilancarkan secara rasmi buat pasaran Malaysia.

TERA merupakan permainan aksi RPG atas-talian yang mana ianya memfokuskan pemain untuk mengembara, melakukan pelbagai misi dan juga bertempur dengan pelbagai jenis musuh. Ianya sememangnya dilancarkan secara percuma, namun ia juga mempunyai pelbagai kandungan DLC yang boleh beli secara berasingan.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba dan bermain permainan tersebut, anda boleh melayari laman rasmi PSN Store di bawah.

PSN Store: TERA

Sohor Kini