Skip to main content

WayForward hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan beraksi perlawanan River City Girls pada 5 September 2019 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Bagi anda yang berminat permainan bergenre “Beat-Em-Up” yang sangat terkenal beberapa tahun lepas di konsol retro, anda mungkin berminat untuk bermain permainan ini di mana ianya mempunyai bentuk yang serupa. Ianya juga adalah berdasarkan siri River City yang dilancarkan beberapa tahun lepas.

River City Girls akan memfokuskan watak Kyoko and Misako di mana mereka perlu menyelematkan teman lelaki mereka daripada diculik, iaitu Kunio dan Riki yang mana adalah watak asal untuk River City. Melaluinya, pemain akan bertempur pelbagai jenis musuh dengan pelbagai bentuk kemahiran.

Menariknya, permainan ini dibangunkan oleh WayForward dan mendapat garis panduan daripada pembangun permainan perlawanan terkenal, iaitu Arc System Works. River City Girls juga akan menyertakan bentuk multi-pemain sebanyak dua pemain dan menyertakan pelbagai muzik latar pop retro yang menarik.

Bagi anda yang ingin mendapatkan permainan, ianya akan mula dijual bermula September ini dengan harga $29.99(~RM124) mengikut platform pilihan anda.

Leave a Reply