Nexon hari ini akhirnya mengumumkan tarikh rasmi buat pelancaran global bagi permua SINoALICE di mana ianya bakal tiba 18 Julai 2019 ini buat peranti iOS dan Android.
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permua ini, SINoALICE merupakan siri permainan yang dibangunkan oleh Pokelabo dan diterbitkan oleh Square-Enix beberapa tahun lepas di pasaran Jepun.
Terkini dengan pelancaran secara, Square-Enix juga mengumumkan acara kolaborasi khas bersama siri NieR: Automata buat permua tersebut bersama-sama pra-pendaftaran buat permua tersebut.
Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan kolaborasi tersebut masih belum diumumkan. Namun, watak 2B dan 9S disahkan bakal tiba di dalam permua tersebut. Bersempena dengan itu, Yoko Taro iaitu pencipta buat permainan tersebut juga berkongsi satu temu bual khas di mana mereka berkongsi berkenaan kolaborasi tersebut bersama-sama informasi lanjut berkenaan permua SINoALiCE.
Bagi anda yang ingin bermain permua ini, pastikan anda membuat pra-pendaftaran permua SINoALICE di laman rasminya.