Jun lepas, Devolver Digital mengumumkan permainan Metal Wolf Chaos XD, di mana ianya adalah permainan pernambah-baikkan yang dilancarkan beberapa tahun lepas.
Terkini, tarikh pelancaran buat permainan tersebut akhirnya diumumkan secara rasmi, iaitu ianya bakal tiba 6 Ogos 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.
Metal Wolf Chaos XD merupakan permainan yang asalnya dibangunkan oleh From Software. Terkini, melalui versi pernambah-baikkan, studio tersebut bekerjasama bersama General Arcade dan Devolver Digital untuk melancarkannya kembali dengan pelbagai pernaik-tarafan seperti visual yang dikemaskini dan juga sokongan resolusi 4k.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, ianya boleh dipra-tempah di mana-mana platform pilihan anda dengan harga $24.99(~RM104).