Informasi Permainan Video Terkini
Langrisser I & II Diumumkan Untuk PlayStation 4, Switch Dan PC – Tiba Awal Tahun 2020

Langrisser I & II Diumumkan Untuk PlayStation 4, Switch Dan PC – Tiba Awal Tahun 2020

Diterbitkan pada July 4, 2019 oleh .

Langrisser I ataupun Langrisser: The Descendants of Light merupakan permainan strategi RPG dan telah dikeluarkan pada tahun 1991 untuk Mega Drive/Genesis.

Langrisser II pula dikeluarkan pada tahun 1994 untuk Mega Drive tetapi terhad kepada pasaran Jepun sahaja. NIS America hari ini mengumumkan versi olahan semula untuk kedua permainan tersebut akan dikeluarkan di dalam satu pakej untuk PlayStation 4, Switch dan PC.

Versi ini akan disertakan dengan lakonan suara dan juga peningkatan dari segi grafik. Buat masa ini tiada tarikh pengeluaran yang diumumkan tetapi dijangkakan tiba pada awal tahun 2020.


TIPS & ULASAN