505 Games hari ini mengumumkan satu permainan baharu yang memfokuskan bentuk permainan pengembaraan Metroidvania iaitu Horace, di mana ianya bakal tiba di PC melalui Steam bermula 18 Julai 2019 ini.
Horace merupakan permainan pengembaraan platformer yang diinspirasikan berdasarkan bentuk Metroidvania yang terkenal di mana pemain akan diberi pelbagai cabaran seperti perlu menewaskan musuh yang kuat dan juga menyelesaikan tekaria yang sangat mencabar.
Permainan ini dibangunkan oleh Paul Helman dan Sean Scaplehorn di mana penceritaannya memfokuskan penceritaan yang berkait rapat dengan pembangun tersebut ketika beliau mula membangunkan permainan tersebut.
Bersempena dengan pengumuman ini, 505 Games juga mengadakan acara khas yang mana mereka akan menawarkan permainan tersebut dengan harga diskaun berdasarkan nilai senarai hajat “Steam Wishlist” yang diterima buat permainan tersebut di mana harga asalnya adalah $14.99(~RM62). Berikut adalah senarai dan bilangan yang ditetapkan:
- Peringkat 1 : 1000 senarai hajat $13.49(~RM56) 10% diskaun
- Peringkat 2 : 50,000 senarai hajat $11.25(~RM46) 25% diskaun
- Peringkat 3 : 100,000 senarai hajat $7.50(~RM31) 50% diskaun
- Peringkat 4 : 200,000 senarai hajat $3.75(~RM16) 75% diskaun
Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut dan membuat senarai hajat “Steam Wishlist” buat permainan tersebut, anda boleh ke laman rasmi Steam permainan Horace di bawah.
[info] Steam: Horace [/info]