Informasi Permainan Video Terkini
Episod Pertama “Claptrap Presents” Buat Borderlands 3 Dipertontonkan – Makhluk Di Planet Pandora Diperlihatkan
PC

Episod Pertama “Claptrap Presents” Buat Borderlands 3 Dipertontonkan – Makhluk Di Planet Pandora Diperlihatkan

Diterbitkan pada July 3, 2019 oleh .

Borderlands 3 bakal tiba 13 September 2019 ini dan sememangnya dengan pelancarannya yang semakin hampir, Gearbox Software pasti akan berkongsi sebilangan video-video baharu buat permainan tersebut.

Terkini, bersempena dengannya, Gearbox Software dan 2K Games memperlihatkan satu rancangan video berepisod “Claptrap Presents” di mana episod pertama mereka memperlihatkan makhluk-makhluk dan raksasa yang terdapat di dalam planet Pandora.

Video tersebut memperlihatkan watak robot Claptrap dan Steve di mana mereka mengembara di kawasan tersebut dan memperkenalkan pelbagai jenis makhluk yang bakal pemain tempuhi di dalam permainan Borderlands 3 kelak.

Bagi anda yang ingin menonton video tersebut, anda boleh menontonnya di bawah. Kami percaya pada masa akan datang, 2K Games akan mengemaskini pelbagai lagi episod baharu yang memperkenalkan kandungan-kandungan yang bakal tiba buat permainan tersebut. Jadi, bagi anda yang tidak ingin terlepas untuk menonton siri tersebut, pastikan anda melanggan saluran rasmi Youtube 2K Games.


TIPS & ULASAN