Skip to main content

Bagi anda yang meminati siri permainan perlumbaan Gran Turismo, Kazunori Yamauchi semestinya tidak asing bagi anda di mana beliau adalah pencipta dan juga ketua pegawai eksekutif buat Polyphony Digital.

Terkini, melalui temu bual bersama GT Planet, Kazunori Yamauchi berkongsi sedikit sebanyak berkenaan permainan Gran Turismo seterusnya oleh mereka.

Melalui temu buat tersebut, Kazunori Yamauchi menyatakan bahawa permainan Gran Turismo Sport mempunyai fizik terbaik untuk siri permainan tersebut dan beliau sangat berbangga dengan konsep kompetitif dan multi-pemain yang mereka sertakan di dalam permainan tersebut.

Namun, permainan tersebut dikritik akibat kekurangan kandungan permainan secara solo, sekaligus beliau menyatakan permainan seterusnya oleh mereka pasti akan menyertakan kesemua kombinasi masa lampau, sekarang dan masa hadapan, iaitu satu bentuk yang sempurna buat siri Gran Turismo.

Kazunori Yamauchi juga menyatakan bahawa dengan kuasa konsol generasi seterusnya yang berkuasa, mereka mungkin akan membawa lebih banyak teknologi di dalam permainan akan datang, terutamanya bentuk realiti-maya melalui Playstation VR.

Semestinya ini adalah satu kenyataan yang sangat menarik sekali, memandangkan konsol generasi seterusnya diura-urakan bakal tiba penghujung tahun hadapan, mungkin juga kita bakal melihat permainan Gran Turismo seterusnya dalam masa terdekat ini.

Leave a Reply