Skip to main content

Nintendo dan Level-5 hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Layton’s Mystery Journey: Katrielle and the Millionaires’ Conspiracy Deluxe Edition ke konsol Switch dengan edisi lengkap menjelang 8 November 2019 ini.

Layton’s Mystery Journey: Katrielle and the Millionaires’ Conspiracy asalnya dilancarkan di konsol 3DS dan versi permua beberapa tahun lepas.

Kini melalui edisi Deluxe ini, Level-5 menyatakan bahawa ianya akan menyertakan pelbagai tekaria baharu dengan lebih 40 tekaria yang diubahsuai daripada versi Nintendo 3DS. Selain itu, mereka juga menyertakan beberapa pernaik-tarafan dari segi paparan antara muka dan visual grafik. DLC yang dilancarkan sebelum juga disertakan secara bersama dan juga beberapa kostum baharu yang pemain boleh dapatkan melalui permainan ini.

Layton’s Mystery Journey: Katrielle and the Millionaires’ Conspiracy memfokuskan kepada protagonis terbaru, iaitu Katrielle Layton, anak perempuan kepada Professor Hershel Layton yang merupakan protagonis siri Professor Layton sebelum ini.

Bagi anda yang meinati permainan bergenre tekaria, anda boleh mendapatkan permainan ini menjelang Disember ini.

Leave a Reply